Advertising
Penyokong JDT Baling Botol Ke Padang, Ini Maklum Balas AFC
MakanBola
Astro Arena

Tindakan segelintir penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melemparkan botol ke padang telah mendapat maklum balas dari pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Pada Selasa, JDT turun bertemu Buriram United dalam aksi timbal balik kedua di Stadium Sultan Ibrahim dengan kedua-dua pasukan memasang impian untuk meraih tiket ke suku akhir ACLE.

Ad

Aksi berlangsung cukup sengit sepanjang tempoh 90 minit sebelum JDT terpaksa akur tumbang di laman sendiri hasil jaringan bintang muda Buriram United, Suphanat Muenta.

Ad

Walau bagaimanapun satu insiden yang tak digemari berlaku di penghujung permainan apabila segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab telah melemparkan botol ke dalam padang.

Tindakan tersebut dilihat seperti satu bentuk protes dalam kalangan penyokong apabila pengadil dan penjaga garisan membatalkan jaringan penyamaan JDT menerusi rembatan Jorge Obregon.

Ad

Menurut Setiausaha Agung AFC iaitu Datuk Seri Windsor Paul John, pihak beliau masih menunggu laporan lanjut mengenai insiden ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum.

Ad

“Kita tunggu laporan. Nak komen pun sukar sebelum terima laporan daripada semua pihak,” kata beliau kepada Sinar.

Ad

Jaringan Obregon yang dibatalkan itu telah mendapat reaksi pelbagai pihak namun keputusan akhir dari semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) kekal membatalkan gol di minit akhir tersebut.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments