AFC U-23 Asian Cup: Arab Saudi Jadikan Tajikistan ‘Taman Permainan’
Asia
Saudi Arabia FA
Advertisements

Pasukan muda Arab Saudi memulakan kempen Piala Asia B-23 dengan langkah kanan apabila menewaskan Tajikistan dengan keputusan 4-2.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Internasional Khalifa itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan kesebelasan terkuat.

Kelebihan jelas menjadi milik Arab Saudi apabila membuka akaun jaringan perlawanan hasil percubaan pertahanan kanan, Rayan Hamed seawal minit ke-17.

Advertisements

Tajikistan bagaimanapun kembali mengikat kedudukan apabila Ruslan Khailoev bijak mencari ruang untuk menewaskan Mohammed Al-Absi pada minit ke-23.

Arab Saudi berjaya menamatkan aksi babak pertama dengan positif apabila Haitham Asiri meletakkan pasukan di hadapan pada akhir tambahan masa.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-1.

Bersambung babak kedua, kelincahan pemain sayap Arab Saudi, Aymen Ahmed sukar untuk dikawal oleh anak didik Mubin Erghasev apabila beliau meledak sua jaringan masing-masing pada minit ke-55 dan 61.

Advertisements

Cubaan Tajikistan untuk merapatkan kedudukan menjadi sia-sia sungguhpun Rustam Soirov berjaya menjaringkan gol kedua pasukan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan kemenangan pertama memihak Arab Saudi untuk unggul di tangga teratas kumpulan.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram