Asia
PSSI
Advertisements

Persiapan Indonesia bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada skuad Arab Saudi Bawah 23 Tahun (B-23) awal pagi ini.

Perlawanan ini merupakan perlawanan persahabatan pertama buat anak buah Shin Tae-yong semasa berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Skuad muda The Green Falcons yang dibimbing Saad Al-Shehri dipilih sebagai lawan kerana Tim Garuda bakal berhadapan dua pasukan Asia Barat dalam Kumpulan A.

Advertisements

Kumpulan tersebut menyaksikan Indonesia bakal berhadapan dengan tuan rumah Qatar, Jordan dan Australia.

Turun dengan status pasukan pilihan kejohanan, Arab Saudi terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-18.

Advertisements

Tersentak, Indonesia cuba bangkit mendapatkan gol penyamaan. Hasilnya, bek tengah Borneo Samarinda, Komang Teguh menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Komang Indonesia Arab Saudi PSS Indonesia Arab Saudi Tundukkan Skuad Indonesia B-23
Komang Teguh meraikan jaringan penyamaan Indonesia. Sumber: PSSI.

Kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan bagi mendapatkan gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mencari kelebihan gol tambahan. Arab Saudi lebih tajam di depan gol dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-58.

Anak buah Al-Shehri memastikan kemenangan dalam genggaman dengan gol ketiga pada minit ke-89. Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Selepas Arab Saudi, Indonesia bakal berdepan skuad UAE B-23 pada 8 April sebelum bertolak ke Doha, Qatar dua hari selepas itu.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menetapkan sasaran buat Indonesia layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024.

Tim Garuda bakal membuka kempen Kumpulan A dengan menentang Qatar pada 15 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram