Ads
AFC U-23 Asian Cup: Gol Berani Mati Pratama Arhan Bantu Uzbekistan Singkirkan Indonesia
Asia
AFC

Hasrat Indonesia untuk melakar sejarah ke pentas akhir Piala AFC Bawah 23 Tahun 2024 tidak menjadi kenyataan apabila ditewaskan Uzbekistan dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Advertisements

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat namun pengendali Indonesia, Shin Tae-yong tidak dapat menurunkan penyerang berbisa mereka, Rafael Struick akibat penggantungan.

Advertisements

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan sepenuhnya buat Uzbekistan untuk 20 minit pertama permainan yang memaksa pemain Indonesia lebih fokus untuk bertahan.

Advertisements
Advertisements

Uzbekistan memperolehi peluang pertama untuk mendahului pada minit ke-12 menerusi percubaan Alisher Odilov namun percubaannya diselamatkan penjaga gol Indonesia, Ernando Ari.

Serangan terus dilancarkan ke kubu Indonesia namun kekebalan benteng Indonesia yang dijaga rapi Rizky Ridho menjadi penghalang.

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Uzbekistan terus menggandakan asakan ke gawang Indonesia dengan deretan serangan yang dilancarkan.

Ernando Ari juga menunjukkan ketangkasan selepas beberapa kali menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya daripada pemain Uzbekistan.

Dalam ketika Uzbekistan rancak menyerang, Indonesia mencipta kejutan apabila menjaringkan gol melalui Muhammad Ferrari. Namun malang buat Indonesia apabila jaringan itu dibatalkan selepas Ramadhan Sananta dikesan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) berada di dalam kedudukan ofsaid.

Tidak lama selepas itu, giliran Uzbekistan berada di hadapan melalui penyudah daripada pemain gantian Khusayin Norchaev yang menyambar hantaran lintang dari rakan sepasukan.

Biarpun mendahului satu jaringan, ianya tidak sama sekali mengendurkan serangan daripada Uzbekistan. Indonesia dilihat sangat bergelut pada separuh masa kedua.

Indonesia menerima tamparan hebat pada minit ke-83 selepas kapten pasukan, Rizky Ridho diperintah keluar padang kerana dikesan telah melakukan kekasaran luar biasa kepada pemain Uzbekistan.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain dimanfaatkan dengan baik oleh Uzbekistan apabila mencipta jaringan kedua melalui hasil jaringan sendiri pemain Indonesia, Pratama Arhan pada minit ke-86. Pratama dilihat cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya namun tertampan ke gawang sendiri.

Advertisements

16 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil namun kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus menghantar Uzbekistan ke pentas final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram