AFC U-23 Asian Cup: Hasrat Indonesia Ke Olimpik Tertangguh, Tewas Kepada Iraq
Asia
Timnas Indonesia
Advertisements

Indonesia terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 apabila tewas tipis 2-1 kepada Iraq semalam.

Perlawanan hari ini bukan saja menentukan pasukan mana yang bakal menjadi pasukan ketiga terbaik kejohanan.

Malah, pemenang tempat ketiga bakal mengiringi Jepun dan Uzbekistan yang layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Iraq melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan Tim Garuda untuk mendapatkan gol awal tetapi tidak berhasil.

Sebaliknya, anak buah Radhi Shenaishil dikejutkan dengan gol awal Indonesia pada minit ke-19 menerusi pemain tengah Utrecht, Ivar Jenner.

Advertisements

Jenner menyudahkan hantaran sepakan sudut yang diambil Witan Sulaeman yang menewaskan penjaga gol Singa Mesopotamia, Hussein Hassan.

Tersentak, Iraq menggandakan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan. Hasilnya, Zaid Taahsen menyamakan kedudukan buat pasukan Asia Barat itu pada minit ke-27.

Advertisements

Kedua-dua pasukan berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Iraq berusaha mencari gol kedua untuk membawa mereka ke Sukan Olimpik 2024.

Advertisements

Malangnya, setiap serangan yang diatur digagalkan barisan pertahanan Indonesia diketuai bek tengah Cerezo Osaka, Justin Hubner.

Keadaan ini mendorong Shenaishil membuat beberapa pertukaran pemain untuk memecah kebuntuan perlawanan.

Barisan pertahanan Indonesia terus kental menyerap asakan Iraq dan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan.

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat melakar kejutan ke atas Singa Mesopotamia.

Malangnya, hajat beliau tidak dapat direalisasikan. Ali Jasim Elaibi muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan yang menewaskan Ernando Ari pada minit ke-96.

Tim Garuda berusaha mendapatkan gol penyamaan tetapi barisan pertahanan Iraq diketuai Taahsen memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Iraq mengiringi Uzbekistan dan Jepun secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Sementara Indonesia pula perlu mengharungi aksi play-off dengan Guinea pada 9 Mei ini untuk tiket terakhir kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram