AFC U-23 Asian Cup: Kad Merah Bantu Jepun Tendang Keluar Qatar
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Jepun memastikan hasrat Qatar merangkul Piala Asia B-23 berkecai apabila berjaya menyingkirkan pasukan tuan rumah dalam aksi suku akhir yang penuh debaran.

Qatar yang dikendalikan oleh Ilidio Vale menampilkan formasi 3-5-2 yang diketuai oleh duo Ahmed Al-Rawi dan Khalid Ali Sabah dibahagian serangan pasukan. Jepun pula bermain dengan formasi 4-2-3-1 dengan Mao Hosoya selaku penyerang tunggal pasukan.

Pasukan Samurai Biru terlebih dahulu mengejutkan Qatar seawal minit kedua permainan menerusi jaringan pemain sayap, Fuki Yamada.

Advertisements

Qatar kemudian menggandakan usaha untuk meraih gol pertama perlawanan dan penantian tersebut termakbul pada minit ke-24 apabila penyerang Ahmed Al-Rawi menyamakan kedudukan untuk Qatar.

Malang menimpa Qatar apabila penjaga gol, Yousef Abdulrahman Baliadeh dilayangkan kad merah pada minit ke-41.

Khalid Ali Sabah kemudian terpaksa digantikan dengan penjaga gol simpanan, Ali Nader ekoran Yousef Abdulrahman diarahkan keluar padang dan pasukan tersebut harus bermain dengan 10 pemain.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri 1-1 antara Qatar dan Jepun di Stadium Jassim Hamad.

Memasuki babak kedua, Jassem Gaber Abdulsalam menceriakan penyokong Qatar apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-40 setelah menyempurnakan bola hantaran M. Tarek.

Jepun yang tidak mudah berputus asa kemudian berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan, Seiji Kimura menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67.

Advertisements

Jepun mendominasi penguasaan bola sebanyak 73% sepanjang 90 minit perlawanan setelah Qatar kekurangan seorang pemain namun Jepun gagal untuk memanfaatkan peluang itu apabila sekadar seri 2-2 sehingga tamat aksi 90 minit.

Mao Hosoya memecah kebuntuan Jepun sewaktu perlawanan diheret ke 30 minit masa tambahan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-101 menerusi hantaran Kotaro Uchino.

Qatar yang beraksi 10 pemain semakin keletihan dan sekali lagi dihukum Kotaro Uchino yang menghadiahkan gol keempat Jepun pada minit ke-113.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Jepun yang berjaya menewaskan Qatar dengan jaringan 4-2 untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Asia B-23 Qatar.

Kekalahan ini pahit buat Qatar yang mencatatkan rekod tanpa kalah sepanjang aksi peringkat kumpulan dengan mencatat 2 kemenangan dan 1 seri manakala Jepun bangkit daripada kekalahan kepada Korea Selatan tempoh hari untuk menghidupkan peluang menjulang trofi Piala Asia B-23.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram