AFC U-23 Asian Cup: Kad Merah Hiasi Kemenangan Uzbekistan Malukan Arab Saudi
Asia
Saudi Arabia
Advertisements

Aksi saingan suku akhir Piala Asia bawah 23 tahun malam ini menyaksikan pertembungan di antara Uzbekistan dan Arab Saudi berakhir dengan keputusan 2-0.

Selaku juara kumpulan D, Uzbekistan berada dalam momentum terbaik cipta kemenangan. Skuad kendalian Saad Al-Shehri semakin berbisa selepas mencatatkan 10 jaringan bagi aksi peringkat kumpulan C.

Seawal 6 minit permainan, peledak berbisa Arab Saudi, Abdullah Radif alami kecederaan dikepala selepas disiku oleh pertahanan Uzbekistan.

Advertisements

Perlawanan kemudiannya rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. 

Pada minit ke-47 sebelum tamat masa tambahan separuh masa pertama, penyerang Uzbekistan, Khuisain Norchaev, menjaringkan gol pertama pasukan dengan penyudah yang terbaiknya menewaskan penjaga gol Arab Saudi, Abduvokhid Nematov. 

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Uzbekistan 1-0 Arab Saudi.

Penyerang Arab Saudi, Aymen Ahmad dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Uzbekistan pada minit ke-71 permainan. Ini merupakan kad kuning kedua yang diterimanya.

Advertisements

Jurulatih Arab Saudi, Saad Al-Shehri membuat perubahan taktikal apabila mengeluarkan tiga pemain utamanya antaranya Abdullah Radif, Faisal Al-Ghamdi dan Mohamed Waheeb.

Pada minit ke-84, pemain gantian Uzbekistan, Umarali Rahmonaliev menghadiahkan gol kedua pasukan sekaligus menjarakkan lagi kedudukan jaringan.

Advertisements

16 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Keputusan kekal Uzbekistan 2-0 Arab Saudi.

Selepas ini, Arab Saudi akan bertemu Indonesia bagi aksi separuh akhir saingan Piala Asia sekaligus perlawanan penentuan untuk layak ke sukan Olimpik 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram