AFC U-23 Asian Cup: Korea Selatan Tundukkan UAE
Asia
Korea FA
Advertisements

Skuad Korea Selatan Bawah 23 Tahun (B-23) membuka kempen Piala Asia B-23 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan B.

Meskipun tidak dapat memanggil beberapa pemain yang beraksi di Eropah seperti Bae Jun-ho (Stoke City) dan Yang Hyun-ju (Celtic), Korea Selatan masih lagi dianggap pasukan gergasi Asia.

Atas sebab itulah, UAE yang dibimbing Marcelo Broli enggan memandang rendah cabaran anak buah Hwang Sun-hong itu.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan skuad muda Pahlawan Taeguk banyak menguasai bola di atas padang dengan peratusan sebanyak 75% mengikut data Sofascore.

Hal ini mendorong Broli mengarahkan anak buahnya lebih banyak berkampung di kawasan sendiri dan hanya menyerang jika perlu.

Walau bagaimanapun, pendekatan ini hampir membawa padah apabila Korea Selatan menyangka mendahului pada minit ke-20 menerusi Hwang Jae-won.

Advertisements

UAE kemudiannya bernasib baik apabila gol tersebut dibatalkan pembantu pengadil video (VAR). Ini selepas VAR mengesan Jae-won berada pada kedudukan ofsaid semasa menjaringkan gol.

Korea Selatan terus meningkatkan tekanan ke atas kubu pertahanan Al-Abyad tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Sun-hong memasukkan Kang Seong-jin dan Lee Young-jun dengan harapan dapat memecah kebuntuan perlawanan.

Advertisements

Malangnya, barisan pertahanan UAE diketuai Mayed Ali Al-Teneiji terus menghampakan barisan serangan Pahlawan Taeguk.

Percubaan terbaik Korea Selatan hadir pada minit ke-68 menerusi Eom Ji-sung. Ji-sung kurang bernasib baik apabila tandukannya gagal mencemaskan penjaga gol Al-Abyad, Khaled Tawhid.

Seong-jin menyangka telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86. Keraian pemain tengah FC Seoul itu tidak bertahan lama apabila gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Advertisements

Gol yang dicari Pahlawan Taeguk akhirnya muncul pada minit ke-94 menerusi Young-jun yang menewaskan Khaled. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Korea Selatan dan Jepun berkongsi kedudukan teratas Kumpulan B dengan tiga mata. Jepun turut meraih kemenangan selepas menewaskan China 1-0.

Selepas ini, Pahlawan Taeguk bakal menentang China pada 19 April. Manakala Jepun dan UAE bakal bersemuka pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram