AFC U-23 Asian Cup: Uzbekistan Cemerlang Tewaskan Vietnam
Asia
Uzbekistan FA
Advertisements

Uzbekistan muncul juara Kumpulan D apabila mudah mengenepikan cabaran wakil Asia Tenggara, Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan hari ini.

Selepas berjaya layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024, perlawanan hari ini bakal menentukan siapa juara dan naib juara Kumpulan D.

Pasukan yang bergelar juara kumpulan berdepan cabaran getir di peringkat suku akhir iaitu naib juara Kumpulan C, Arab Saudi.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Vietnam yang dibimbing Hoang Anh Tuan berusaha menyekat jentera serangan The White Wolves menerusi formasi 3-4-3.

Malangnya, perancangan yang cuba direalisasikan barisan anak buahnya gagal apabila Alisher Odilov meletakkan Uzbekistan di hadapan seawal minit keempat.

Gawang Vietnam yang dikawal Nguyen Van Viet ditembusi lagi barisan serangan Uzbekistan dalam tempoh empat minit.

Advertisements

Ruslanbek Jiyanov menggandakan kelebihan pasukan Asia Tengah itu pada minit ke-36. Ini disusuli gol kedua Odilov pada minit ke-40.

The White Wolves terus ghairah memburu gol tambahan tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Uzbekistan yang dibimbing Timur Kapadze terus menambah tekanan ke atas kubu pertahanan Vietnam.

Advertisements

Ini memaksa barisan pertahanan Pahlawan Bintang Emas diketuai Van Viet dan bek tengah, Luong Duy Cuong bekerja keras mematahkan setiap asakan The White Wolves.

Anh Tuan turut membuat beberapa pertukaran bagi menambah bisa di bahagian serangan Vietnam.

Walau bagaimanapun, Uzbekistan terus mendominasi perlawanan dan memastikan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan The White Wolves muncul juara kumpulan dengan sembilan mata. Sementara Pahlawan Bintang Emas pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua kumpulan dengan enam mata.

Uzbekistan selepas ini bakal berdepan Arab Saudi di peringkat suku akhir pada 26 April di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Manakala Vietnam turut berdepan ujian getir kerana perlu menentang Iraq pada hari yang sama di Stadium Al Janoub.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram