Advertising
AFC U20: Uzbekistan Mudah Tundukkan Indonesia
MakanBola
Timnas Indonesia

Skuad Indonesia Bawah 20 Tahun (B-20) terpaksa melupakan hasrat mara ke pusingan suku akhir Piala Asia B-20 2025.

Ini selepas pasukan itu tewas buat kali kedua dalam Kumpulan C. Kali ini, giliran Uzbekistan menewaskan anak buah Indra Sjafri 3-1.

Mukhammadali Urinboev meletakkan pasukan Asia Tengah itu di hadapan pada minit ke-21. Dua minit selepas itu, Jens Raven memastikan Garuda Muda mengikat kedudukan 1-1.

Ad

Abdugafur Khaydarov kembali meletakkan The White Wolves di hadapan pada minit ke-47. Saidmarkhon Saidnurullaev memastikan kemenangan milik Uzbekistan dengan gol pada minit ke-63.

Ad

Kemenangan ini menyaksikan Uzbekistan dan Iran mara ke peringkat suku akhir selepas meraih enam mata. Indonesia dan Yaman pula masih ketiadaan mata selepas dua perlawanan.

Ini menjadikan aksi terakhir Garuda Muda dengan Yaman sebagai peluang terakhir meraih kemenangan dalam saingan Piala Asia B-20 2025.

Ad

The White Wolves dan Iran bakal berentap bagi menentukan gelaran juara Kumpulan C. Kedua-dua perlawanan ini bakal berlangsung pada 19 Februari.

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sevenmaker Worldwide
Sevenmaker Worldwide
1 month ago

😄😄