AFF B-16: Episod Duka Malaysia Dua Tahun Lalu Kembali Berulang
MakanBola
FA Malaysia

Episod duka Malaysia dua tahun lalu dalam kempen Piala AFF B-16 berulang apabila secara rasminya terhenti pada peringkat kumpulan.

Pasukan bimbingan Javier Ribera memulakan langkah dengan baik di Indonesia apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0.

Ad
Advertisement

Hasrat untuk meneruskan momentum cemerlang bagaimanapun disekat oleh Australia B-16 apabila tunduk bermaruah dengan keputusan 2-0.

Ad

Thailand sekali lagi memberikan detik duka kepada Malaysia B-16 apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan skuad negara 3-1 sekaligus mengiringi langkah Australia ke separuh akhir.

Advertisement

Aksi separuh akhir bakal menemukan Indonesia dan Australia manakala Vietnam bakal melayan tentangan Thailand pada 1 Julai 2024.

Kegagalan Malaysia B-16 untuk layak ke peringkat separuh akhir menyaksikan pasukan negara mengulangi detik hitam tahun 2022 apabila terkandas pada peringkat kumpulan.

Ad
Advertisement

Pencapaian terbaik Malaysia B-16 adalah pada tahun 2019 selepas muncul juara dengan mengatasi tuan rumah, Thailand dengan keputusan 2-1.

Ad

Malaysia B-16 mengakhiri kempen Kumpulan C dengan 3 mata daripada 3 perlawanan yang diharungi.

Advertisement

Indonesia yang juga merupakan juara bertahan edisi terakhir 2022 berpeluang mengulangi detik bersejarah sekali lagi.

Advertisement