AFF B-16: Malaysia Unggul Kemudi Tangga Teratas Kumpulan C
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Perjalanan skuad Malaysia B-16 dalam kempen Piala AFF berlangsung hebat apabila kini berada pada tangga teratas Kumpulan C.

Skuad kendalian Javier Ribera beraksi cemerlangbpada perlawanan pembukaan selepas mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Timor Leste.

Ad
Sponsors

Malaysia B-16 kini menghuni tangga teratas kumpulan selepas dua lagi pasukan iaitu Thailand dan Australia terpaksa berkongsi mata selepas merekodkan keputusan seri 1-1.

Ad

Cabaran sebenar skuad kendalian Javier Ribera adalah berdepan Australia pada 26 Jun di Stadium Sriwedari untuk mengulangi pencapaian tahun 2022.

Malaysia B-16 ketika itu berjaya mengikat Australia dengan keputusan 2-2 sekaligus berjaya mencuri mata berharga.

Ad

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bakal menemukan Malaysia B-16 menentang Thailand pada Sabtu, 29 Jun 2024 di Stadium Manahan.

Ad

Aksi separuh akhir pula bakal berlangsung pada 1 Julai 2024 sementara penentuan final dan tempat ke-3 pada 3 Julai 2024.