Pengarah Akademi JDT, Javier Ribera Kemudi Malaysia B-17
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mula mempersiapkan skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) dengan melantik Javier Jorda Ribera sebagai jurulatih pasukan itu.

Pengumuman perlantikan Pengarah Akademi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu dibuat FAM menerusi platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Meskipun baru mengisi peranan berkenaan, Ribera tidak membuang masa memanggil 32 orang pemain Malaysia B-17 untuk menjalani sesi latihan pusat selama lima hari bermula hari ini sehingga 7 Mei di Pasir Gudang, Johor.

Advertisements

“Skuad Harimau Malaya B-17 kendalian Javier Jorda Ribera telah memulakan kem latihan pusat selama lima hari di Pasir Gudang, Johor, hari ini sehingga Selasa, 7 Mei 2024.

“Javier yang juga Pengarah Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah dipilih untuk membimbing skuad ini ke Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Jakarta, Indonesia, 17 hingga 29 Jun 2024 dan Kelayakan Piala Asia B-17 2025, 19 hingga 29 Oktober 2024.

Advertisements

“Seramai 32 pemain telah dipanggil ke kem latihan pusat kali ini bagi sesi pemilihan dan persiapan menjelang kedua-dua tugasan tersebut,” kata FAM dalam satu kenyataan.

FAM turut berterima kasih kepada pengurusan Harimau Selatan kerana menyediakan kemudahan terbaik untuk pasukan itu sepanjang menjalani latihan pusat di Johor.

Advertisements

Nama Ribera bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak negara terutama penyokong JDT. Ini kerana beliau pernah membimbing JDT III muncul juara Piala Presiden edisi 2022.

Selain JDT, beliau juga pernah menggalas peranan sebagai jurulatih pasukan Incheon United B-18 di Korea Selatan dan jurulatih remaja kelab La Liga, Valencia mengikut data Transfermarkt.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram