Aksi AFF B-19 menyaksikan Malaysia berjaya layak awal dengan rekod jaringan yang terlalu besar.
Persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh anak didik Juan Torres Garrido telah membuahkan hasil untuk membantu skuad muda negara menempah tiket ke separuh akhir.
Kemenangan 11-0 ke atas Brunei memberikan motivasi tambahan kepada skuad muda negara sebelum mengatasi Singapura dengan keputusan 5-0 baru-baru ini.
Hal ini membolehkan Malaysia B-19 memiliki kelebihan +16 jaringan dengan 6 mata sebelum menentang Thailand pada 25 Julai 2024.
Malaysia B-19 sudah pun layak ke separuh akhir dengan sekurang-kurangnya berada di tangga kedua tatkala Timor Leste dan Filipina memerlukan jaringan besar untuk melayakkan diri.
Aksi terakhir Kumpulan C bakal menemukan Thailand dan Malaysia dengan satu lagi aksi melibatkan Singapura B-19 dan Brunei B-19.
Antara potensi lawan skuad muda negara ialah Australia dan juga Indonesia pada Jumaat, 26 Julai 2024 untuk menentukan tempat ke final.