AFF Futsal Championship: Bintang JDT & Selangor Jadi Sandaran Utama Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor mengetuai senarai pemain Malaysia untuk beraksi di kejohanan AFF Futsal Championship 2024.

Pada Khamis, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 20 pemain futsal negara yang bakal bertanding di AFF Futsal Championship bermula November ini.

Ad

Daripada senarai tersebut, tujuh pemain merupakan tonggak utama juara Malaysian Premier Futsal League (MPFL), JDT manakala Selangor pula diwakili oleh enam orang pemain.

Ad

Pahang Rangers dan Shah Alam City pula memiliki dua orang pemain yang terpilih selain seorang pemain dari Kelantan, Terengganu serta Malaysian University.

JDT: Awalluddin Mat Nawi, Abu Haniffa, Ridzwan Bakri, Mohamad Danial Abdul Dain, Mohd Firdaus Ambiah, Saad Abdul Sani dan Fakhrul Islam Anizan.

Ad

Selangor: Khairul Effendy, Syahir Iqbal, Syawal Sabaruddin, Faris Johan, Syed Aizad Daniel dan Aidil Sharin.

Ad

Shah Alam City: Razin Rahim dan Amir Hakim

Ad

Pahang Rangers: Harith Na’im dan Zainulzahin Sinuan.

Kelantan: Izzat Aqiuddin.

Terengganu: Syed Shahrul Niezam.

Malaysian University: Haiqal Hasnor.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Nakhon Ratchasima itu, Malaysia telah diundi bersama tuan rumah iaitu Thailand, Vietnam, Brunei dan Timor Leste di dalam kumpulan A.

Skuad futsal negara bakal membuka tirai saingan berdepan Brunei pada 3 November sebelum bertemu Vietnam serta Thailand dan akan menutup aksi kumpulan menentang Timor Leste.