Ads
AFF Futsal Championship: Dua Jaguh Asia Tenggara ‘Tunggu’ Malaysia
UltraSukan
Futsal Thailand

Undian bagi AFF Futsal Championship 2024 menyaksikan Malaysia diundi berada satu kumpulan bersama jaguh Asia Tenggara, Thailand.

Advertisements

Pada majlis undian yang berlangsung pada Jumaat, skuad futsal negara dan Australia berada di balang tiga manakala Myanmar serta Vietnam mengisi dua pasukan di balang dua.

Advertisements

Finalis edisi lalu, Thailand dan Indonesia masing-masing berada di balang satu sebagai pasukan pilihan sementara Kemboja, Brunei dan Timor Leste melengkap balang empat.

Advertisements
Advertisements

Hasil undian menyaksikan skuad negara bimbingan Rakhpol Saingetngam berada di kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Vietnam, Brunei dan Timor Leste.

Manakala bagi kumpulan B pula terdiri daripada 4 pasukan iaitu naib juara edisi lalu iaitu Indonesia, Myanmar, Australia dan juga Kemboja yang melengkapkan hasil undian.

Advertisements

Kumpulan A: Thailand, Vietnam, Malaysia, Brunei, Timor Leste

Kumpulan B: Indonesia, Myanmar, Australia, Kemboja.

AFF Futsal Championship bakal berlangsung bermula 2-10 November ini dengan Nakhon Ratchasima, Thailand dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi ke-18 ini.

Advertisements

Thailand sememangnya jaguh di rantau Asia Tenggara ini apabila merangkul kejuaraan sebanyak 16 kali sementara pencapaian terbaik Malaysia meraih naib juara sebanyak 5 kali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram