Ranking Futsal FIFA: Malaysia Melonjak Tinggi, Kejar Kedudukan Myanmar
Futsal
FA Malaysia
Advertisements

Ranking Futsal FIFA: Malaysia mencatatkan keputusan positif selepas berjaya melonjak tinggi sekaligus membantu untuk menghampiri kedudukan Myanmar.

Skuad kendalian Rakhpol Sainetngam mula mempamerkan kemajuan terutamanya apabila menentang lawan yang lebih baik pada kedudukan semasa.

Malaysia berjaya melakar kemenangan 3-0 ketika berdepan pasukan ke-39 dunia, Vietnam hasil jaringan dua pemain JDT, Danial Dain dan Awalluddin Mat Nawi dan tonggak berpengalaman, Khairul Effendy Bahrin sungguhpun tewas pada aksi sulung bertemu pasukan yang sama.

Advertisements

Kemenangan berjaya membawa perkembangan positif kepada kem negara apabila melonjak dua tangga berdasarkan kemas kini kedudukan ranking futsal FIFA semasa.

Malaysia kini menghuni tangga ke-77 dunia dengan 862 mata selepas memperoleh tambahan +4 mata dan membantu untuk melonjak dua tangga untuk menghampiri kedudukan Myanmar di tangga ke-72 dunia.

Jaguh Asia Tenggara kekal milik Thailand di tempat ke-29 dunia sungguhpun turun 4 tangga selepas kehilangan -28 mata diikuti oleh Vietnam selaku pasukan kedua terbaik rantau ini dengan 1091 mata (ke-39 dunia).

Advertisements

Indonesia juga terus berkembang positif apabila melonjak dua tangga ke kedudukan 40 dunia dengan 1083 mata.

Ujian seterusnya buat Malaysia adalah aksi Kejohanan Piala AFF 2024 dan Futsal Asean yang ditangguh pada hujung tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram