Persahabatan Futsal: Malaysia Pamer Karakter Sebenar, Tewaskan Vietnam
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Skuad futsal Malaysia menutup kempen aksi persahabatan di Vietnam dengan melakar kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah hari ini.

Selepas tewas 3-0 dalam aksi persahabatan pertama di Ho Chi Minh City pada 6 April lalu, skuad negara yang dibimbing Rakhpol Sainetngam mahu bangkit melakar kemenangan.

Meskipun lawan yang dibimbing Diego Raúl Giustozzi itu menduduki ranking ke-39 dunia, fakta itu langsung tidak menggentarkan Malaysia.

Advertisements

Hal ini mendorong skuad negara tampil garang dalam aksi persahabatan kedua menentang Vietnam.

Hasilnya, Malaysia berjaya membolosi gawang tuan rumah menerusi duo Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Danial Dain dan Awaluddin Mat Nawi.

Satu lagi gol skuad negara disumbang oleh kapten Selangor FC, Khairul Effendy Bahrin. Sementara Vietnam pula meraih gol saguhati dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan Vietnam menghadapi Piala Asia Futsal 2024 yang bermula pada 17 April ini.

Sementara Malaysia menggunakan dua aksi persahabatan ini sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Futsal AFF.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram