Persahabatan Futsal: Malaysia Akur, Tunduk Di Tangan Vietnam
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Skuad futsal Malaysia terpaksa mengakui kehebatan Vietnam apabila tumpas dalam satu aksi persahabatan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Sabtu.

Skuad negara menamatkan aksi NSDF Futsal Championship minggu lalu di tempat keempat selepas mencatatkan tiga kekalahan tipis dan satu keputusan seri di bumi Thailand.

Manakala Vietnam meraih tempat ketiga dalam kejohanan futsal amtarabangsa yang diadakan di Ho Chi Minh City yang turut disertai kuasa besar futsal iaitu Maghribi, Iran dan New Zealand

Advertisements

Malaysia yang berada di ranking ke-84 dunia diketuai Abu Haniffa tampil berjersi kuning kebanggan Harimau Malaya pada perlawanan ini berdepan tuan rumah, Vietnam yang turun memakai jersi ungu.

Vietnam yang dalam persiapan terakhir bagi menghadapi Piala Asia Futsal 2024 di Thailand minggu hadapan menggunakan aksi bertemu Malaysia ini sebagai medan bagi memastikan para pemainnya kekal cergas sebelum turun berdepan Myanmar dalam aksi pembukaan.

Skuad negara bimbingan Rakphol Sainetngam pula sedang membina satu pasukan ampuh bagi menghadapi Kejuaraan Futsal Asean pada Mei nanti dengan beberapa muka baharu dipanggil ke Vietnam kali ini.

Advertisements

Tamat aksi 40 minit permainan menyaksikan Vietnam muncul sebagai pemenang apabila membelasah skuad futsal Malaysia dengan keputusan selesa 3-0.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 8 April bagi satu lagi aksi pemanas badan menjelang saingan Kejohanan Futsal Asean yang akan berlangsung di Thailand pada 11-19 Mei hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram