Rakhpol Sainetngam Panggil 3 Watak Baharu Ke Vietnam
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam melakukan sedikit perubahan menjelang dua aksi persahabatan menentang Vietnam di Ho Chi Minh City pada 6 dan 8 April ini.

Jurulatih Thailand itu memanggil dua pemain Sabah FA, Faezwan Ashwandie Ahmad dan Wan Raziq Wan Zulhasmi serta kapten Selangor FC, Khairul Effendy Bahrin.

Trio ini dipanggil bagi menggantikan Syawal Sabaruddin dan Farhan Khairul Anuar (Selangor) serta Hamdin Zarif Mahmun (Pahang Rangers).

Advertisements

Selain itu, Rakhpol juga terpaksa menyisihkan pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Saad Sani kerana masalah kecederaan.

Dua aksi persahabatan menentang Vietnam ini merupakan kesinambungan persiapan skuad negara untuk menghadapi Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 dari 11 hingga 19 Mei ini

Sebelumnya, skuad futsal negara turut menyertai NSDF Futsal Championship yang berlangsung pada Mac lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram