Nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail kembali menjadi sebutan di pentas Asia.
Ini selepas namanya dipilih sebagai pemenang bantuan gol terbaik saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25.
Afiq dipilih sebagai pemenang dengan meraih undian peminat dari seluruh Asia sebanyak 32.73%. Lebih menarik, pemain tengah Harimau Malaya itu mengatasi beberapa pemain terkenal.
Afiq mengatasi cabaran bekas pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez. Mahrez yang kini mewakili Al-Ahli hanya meraih 20.78%.
Beliau turut dipintas rakan sepasukan dan orang besi Brazil, Roger Ibanez di tempat kedua. Bek tengah berusia 26 tahun itu menerima undian sebanyak 26.71%.
Bintang muda Thailand, Suphanat Mueanta melengkapkan senarai lima bantuan gol terbaik ACLE dengan meraih 5.49%. Bekas bintang Liverpool, Roberto Firmino hanya menerima undian sebanyak 1.28%.
Afiq terpilih susulan hantaran cantiknya yang disudahkan Bergson da Silva ketika JDT turun menentang Ulsan HD dalam saingan Liga Timur ACLE.
Lebih menarik, hantaran itu terhasil seminit selepas beliau masuk menggantikan pemain tengah veteran, Natxo Insa.