Advertisements
Afiq Fazail Perlukan Satu Minit ‘Bantu’ Bergson Meledak
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kemasukan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail terus beri impak segera buat pasukan apabila beliau mencatat satu bantuan jaringan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) ketika JDT berdepan wakil dari Korea Selatan, Ulsan HD.

Kemunculan semula pemain berusia 30 tahun itu di pentas ACLE selepas sebelum ini bergelut dengan kecederaan terus mencuri tumpuan peminat dan penyokong di stadium apabila kemasukannnya memastikan kemenangan diraih kem Harimau Selatan.

Pada minit ke-88 permainan, Afiq Fazail telah dibawa masuk bagi menggantikan Natxo Insa. Beliau turut diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai kapten pasukan buat JDT.

Seminit selepas kemasukan Afiq, beliau telah menghadiahkan satu bantuan jaringan untuk gol ketiga JDT. Hantaran cantik dari Afiq telah dimanfaatkan penyerang sensasi JDT, Bergson da Silva dengan satu percubaan kencang sekaligus menewaskan penjaga gol Ulsan HD, Jo Hyeon Woo.

Selepas ditinjau dari laman SofaScore, Afiq Fazail telah dinilai sebanyak 6.9 dengan tiga hantaran tepat (100%) dihasilkan sepanjang 10 minit beraksi diatas padang.

Jaringan ketiga yang dihasilkan Bergson itu memastikan kemenangan berharga dicatat anak buah kendalian Hector Bidoglio dan tiga mata berjaya diraih JDT di laman sendiri.

Dalam saingan ACLE ketika ini, JDT telah mencatat tujuh mata selepas empat perlawanan dengan dua menang, satu tewas dan satu seri. Selepas ini, JDT bakal berdepan wakil dari China, Shandong pada 26 November kelak.