Aidil Sharin Pengendali Baru Kuching City
Liga Super
Persikabo 1973
Advertisements

Bekas pengendali Persikabo, Aidil Sharin Sahak kembali menabur bakti dalam Liga Malaysia (Liga M) apabila sah bergelar jurulatih baru Kuching City FC.

Pengumuman ini dibuat oleh pengurusan Il Gatto pagi ini menerusi laman media sosial rasmi mereka. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Beliau sebelum ini menggalas peranan jurulatih Persikabo tetapi terpaksa melepaskan jawatan seminggu yang lalu disebabkan isu keluarga di Singapura.

Advertisements

Dengan perlantikan Aidil sebagai jurulatih Kuching City FC, jurulatih sementara Firdaus Morshidi kembali menggalas peranan sebagai penolong jurulatih bersama Zulkarnien Poasa.

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC itu dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya, Irfan Bakti Abu Salim. Irfan meletak jawatan sebagai pengendali Il Gatto pada Julai lalu selepas gagal mengatasi masalah kemerosotan pasukan dalam Liga Super.

Advertisements

Dengan dua pasukan liga berdepan risiko disingkirkan ke Liga M3 pada akhir musim, Kuching City FC mengharapkan sentuhan magis Aidil untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Super.

Ketika ini, Il Gatto menduduki tangga ke-13 Liga Super dengan tujuh mata. Dalam 18 perlawanan, pasukan itu hanya menang sekali, seri empat kali dan kalah 13 kali.

Advertisements

Selain itu, Kuching City FC juga kerap dibolosi dengan 37 gol, kedua terbanyak dalam liga selepas Kelantan FC yang dibolosi 68 kali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram