Ads
Aidil Sharin Tak Mahu Dibuai Mimpi
Liga Super
Kuching City FC

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin tidak mahu dibuai mimpi selepas mencatatkan kemenangan ke-6 dalam saingan Liga Super musim ini.

Advertisements

Kuching City ketika ini berada dalam prestasi terbaik selepas beraksi 5 perlawanan berturut tanpa kalah. Skuad kendalian Aidil Sharin berada di tangga ke-4 Liga dengan 14 mata, beza satu mata sahaja dengan pasukan ke-3 Liga, Terengganu FC.

Advertisements

“Untuk masa sekarang, saya tidak mahu fikir sangat tentang kedudukan liga sebab masih awal dan pasukan kena kekal konsisten selepas ini.

Advertisements
Advertisements

“Apatah lagi, kami pun baru je lima bulan bersama dengan hampir 80 peratus muka baharu, jadi sudah tentu banyak lagi nak kena buat untuk buat dengan baik,” kata Aidil Sharin kepada MFL.

Kuching City berjaya menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) semalam dengan kemenangan tipis di laman sendiri.

Advertisements

Jurulatih berusia 47 tahun ini sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya walaupun berdepan kekangan padang basah.

“Saya gembira dengan tiga mata yang diperoleh dan pujian diberikan kepada semua pemain atas kerja keras mereka meskipun beraksi dalam keadaan padang yang basah.

“Kita sepatutnya boleh untuk dapatkan tiga, empat gol lagi tetapi nasib baik Shahril juga beraksi cemerlang dapat selamatkan beberapa percubaan KDN,” kata Aidil Sharin kepada MFL. 

Advertisements

Kuching City akan berdepan finalis Piala FA, Selangor FC pada 13 September ini, beraksi di tempat lawan iaitu Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram