Aidil Sharin Terus Setia Di Indonesia
Indonesia
FA Kedah
Advertisements

Bekas pengendali pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini bersama Persikabo, Aidil Sharin Sahak disahkan kekal bersama kelab Indonesia itu bagi mengharungi musim 2023/2024 yang akan bermula 1 Julai depan.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak kelab melalui satu perkongsian di laman sosial Instagram. Pihak kelab berharap Aidil akan membina pasukan dengan lebih garang lagi pada musim baharu nanti.

Walaupun Persikabo hanya menamatkan saingan Liga 1 Indonesia di tangga ke-14, namun khidmat jurulatih dari Singapura itu tetap diberikan kepercayaan untuk terus membimbing kelab yang berasal dari Bogor, Indonesia itu.

Advertisements

Melalui tinjauan di ruangan komen, Aidil menerima ucapan tahniah daripada beberapa pemain terkenal seperti pemain naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero dan pemain kebangsaan Indonesia yang kini bersama Sabah FC, Saddi Ramdani.

Untuk rekod, Aidil memulakan tugasan sebagai jurulatih Persikabo pada 7 Januari lalu dan pada ketika itu Persikabo berada di kedudukan ke-9 Liga 1 Indonesia. Sebelum mengendalikan Persikabo, Aidil mengendalikan Kedah dalam Liga Super Malaysia dari 2019 hingga 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram