Carli De Murga Sertai Kelab Indonesia, PS Barito Putera
Indonesia
PS Barito Putera
Advertisements

Seorang demi seorang pemain import Liga Malaysia berhijrah ke Liga Indonesia. Kini, seorang lagi pemain iaitu bekas pemain import Kelantan FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Carli de Murga sudah disahkan melebarkan karier bola sepaknya ke Indonesia.

De Murga, 34, menjadi pemain import kelima buat pasukan PS Barito Putera. Beliau yang beraksi di posisi pertahanan tengah bakal mengisi slot import Asia Tenggara yang baru diperkenalkan menjelang musim baharu Liga 1 Indonesia bulan hadapan.

Lebih menarik lagi, De Murga dijangka bakal bergandingan dengan seorang lagi pemain import yang pernah menghiasi Liga Malaysia iaitu Renan Alves. Renan merupakan bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi musim 2019 hingga 2021.

Advertisements

Untuk rekod, De Murga memulakan kariernya di Malaysia pada musim 2021 bersama Terengganu FC. Bukan sahaja menjadi harapan utama dalam mengawal benteng pertahanan Terengganu malah beliau juga diberi peranan sebagai kapten pasukan.

Jodoh bersama Terengganu hanya bertahan untuk satu musim sebelum beliau berhijrah ke JDT untuk musim 2022. De Murga sempat beraksi untuk beberapa perlawanan bersama JDT sebelum berhijrah ke Kelantan FC bagi musim 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram