Menurut kenyataan yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal, difahamkan Aidil Zafuan bakal melanjutkan kontraknya bersama Johor Darul Takzim pada musim hadapan.

Pada umur 34 tahun ini, Aidil masih kekal menjadi pemain pilihan JDT yang cukup berprofil tinggi untuk terus mengemudi pasukan Harimau Selatan pada musim hadapan.


Mengulas lanjut, pemain pertahanan skuad kebanggsaan itu bakal memecah rekod pemain paling lama beraksi untuk kelabnya itu sekaligus Aidil bakal membuat penampilan bersama pasukan dari Selatan itu selama sedekad sejak tahun 2013

Pemain berusia 34 itu juga merupakan tonggak utama pasukan JDT sebelum kehadiran pemain seperti Mauricio dan Shane Lowry. Beliau berjaya membentuk gandingan yang ampuh bersama Marcos Antonio di bahagian tengah pertahanan dalam membantu pasukan JDT untuk merangkul kejuaraan AFC Champions League pada tahun 2015. 


Dalam pada itu, pemain kebanggsaan ini juga boleh dikatakan sebagai pemain yang cukup berpengalaman di pentas Liga Malaysia. Malah, sehingga kini beliau masih diberi kepercayaan untuk memegang lilitan kapten buat skuad Harimau Malaya.

Untuk rekod, pemain kelahiran Negeri Sembilan ini berjaya membuat penampilan sebanyak 158 perlawanan serta berjaya menjaringkan 17 gol sepanjang kariernya bersama pasukan Harimau Selatan.