Akademi JDT Berjaya Menangi 13 Kejuaraan Sejak 2018
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Akademi bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya mengecapi 13 kejuaraan domestik dan antarabangsa sejak tahun 2018.

Baru-baru ini, skuad JDT Bawah-14 tahun telah menjuarai Laliga Youth Tournament anjuran Badan Liga Bolasepak Sepanyol.

Bukan itu sahaja, Akademi JDT turut mencipta nama apabila menjuarai Milo Challenger Cup (B14) dan Yakult Aidil Zakuan Cup (B13) pada tahun 2022 ini.

Advertisements

Untuk pengetahuan, seorang ubi muda JDT B-14, Muhammad Izham Aiman telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pemain terbaik kejohanan Laliga Youth Tournament ini akan dibawa ke Sepanyol untuk menjalani kem latihan bersama jurulatih terbaik dunia.

Oleh hal yang demikian, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menghadiahkan bonus kepada skuad Akademi Johor Darul Ta’zim (B14) sebagai penghargaan kerana telah menjuarai kejohanan bertaraf Dunia tersebut.

Advertisements

Kejayaan yang dikecapi pemain-pemain muda ini pasti menjadi satu semangat untuk mereka melangkah dengan lebih jauh lagi sekaligus mampu membawa nama Malaysia ke taraf yang tertinggi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram