Akhyar Rashid Kekal, Safawi Ucap Selamat Tinggal
MakanBola
Terengganu FC

Nasib berbeza dialami oleh dua pemain bintang Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Skuad Peteh telah mengumumkan senarai pemain yang dikekalkan dan juga tonggak yang bakal dilepaskan menjelang musim baharu 2025/26.

Terengganu akan terus dibimbing oleh Badrul Afzan yang kini dilantik selaku ketua jurulatih manakala beberapa pemain seperti Akhyar Rashid dikekalkan.

“Berkenaan berita perpindahan Akhyar Rashid ke kelab DPMM FC dari Brunei juga tidak ada permohonan secara rasmi dan pemain utama Terengganu FC dan masih di dalam perancangan Ketua Jurulatih. 

“Kontrak beliau masih berbaki sehingga 2027,” ujar kenyataan kelab.

Terengganu bagaimanapun membuat keputusan untuk melepaskan beberapa pemain bintang termasuklah kapten pasukan, Safawi Rasid.

“Antara pemain musim lepas yang tidak lagi bersama Terengganu FC adalah Muhammd Safawi Rasid, Mohd Nor Hakim Hassan, Ismaheel Akinade, Manuel Ott, Ivan Mamut, Nelson Bonilla, Muhammad Syafik Ismail, Muhammad Syaiful Haqim Shahrul dan Argzim Redzovic.

“Kelab akan mula mengumumkan secara rasmi kesemua pemain yang bakal masuk sebelum 5hb Julai 2025 setelah semua urusan disempurnakan,” tambah kenyataan tersebut.

Safawi yang juga tonggak Harimau Malaya muncul penjaring terbanyak buat Terengganu FC dengan 18 jaringan pada musim lalu.

Kelab Pantai Timur itu juga membuat keputusan untuk meminjam tonggak JDT, Azam Azmi bagi saingan musim hadapan.