Advertisement
Akmal Rizal Nafi Jadi Ketua Jurulatih Malaysia B-23
Harimau Malaya
MakanBola
FA Penang

Bekas penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih Malaysia B-23.

Spekulasi tersebut mula tular apabila beliau dilihat berada di Wisma FAM, Kelana Jaya pada tempoh hari. 

“Saya menafikan segala berita dan rumours yg mengatakan saya akan menggantikan E Elavarasan,” kata Akmal Rizal di ciapan Twitter miliknya sebentar tadi.

Nama Akmal Rizal sebelum ini antara yang dicanang sebagai Ketua Jurulatih B-23 negara kerana kredibilitinya dalam membentuk skuad muda.

Beliau sudah berada dalam arena kejurulatihan sejak tahun 2019 bersama PB Melayu Kedah. Kemudiannya, dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Penang FC bagi musim 2020/21.

Jurulatih berusia 41 tahun itu ketika ini merupakan ketua jurulatih skuad Piala MFL Penang FC dan masih mempunyai baki kontrak setahun.