Akmal Rizal Bakal Dilantik Jurulatih Malaysia Yang Baharu?
Harimau Malaya
Penang FC
Advertisements

Nama bekas penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini semakin kuat dicanang sebagai jurulatih skuad B-23 Malaysia yang baru.

Selepas E. Elavarasan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih skuad B-23 awal minggu ini, beberapa nama mula dicanang sebagai pengganti beliau seperti Nafuzi Zain, Yusri Che Lah, Nidzam Jamil dan Akmal Rizal.

Bagaimanapun, nama Akmal Rizal semakin panas dikaitkan dengan jawatan itu. Ini selepas bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) itu memuatnaik satu ciapan di X hari ini.

Advertisements

Ciapan tersebut berbunyi, “Moga dipermudahkan.” Dalam ciapan sama, Akmal Rizal turut memuatnaik gambar Wisma FAM di Kelana Jaya.

Walaupun tujuan kedatangannya ke badan induk bola sepak itu tidak diketahui, ada yang sudah mengagak beliau kini pilihan utama untuk jawatan jurulatih Harimau Muda.

https://twitter.com/dekman14/status/1705122005987815761

Satu nama yang dijangka gembira dengan perlantikan Akmal Rizal ialah penyerang Harimau Kumbang, Alif Ikmalrizal Anuar. Di bawah bimbingan bekas peledak Selangor FC itu, beliau sudah menjaringkan enam gol dalam semua kejohanan musim ini.

Advertisements

Alif turut mencipta nama sebagai penjaring terbanyak Piala AFF B-23 2023 pada Ogos lalu. Selain membantu skuad negara menduduki tempat keempat Piala AFF B-23, beliau juga membantu Harimau Muda layak ke Piala Asia B-23 2024.

Sekiranya FAM mahu Akmal Rizal sebagai pengendali skuad B-23 kebangsaan, mereka perlu membayar pampasan kepada Penang FC. Beliau difahamkan masih mempunyai baki kontrak setahun dengan pasukan dari utara tanah air itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram