Advertising
AFF U23: Penyerang Malaysia Dinobat Penjaring Terbanyak
MakanBola
FA Malaysia

Biarpun skuad B-23 Malaysia mengakhiri kempen Piala AFF B-23 2023 di tempat keempat, ada sedikit sinar buat anak-anak buah E. Elavarasan. Ini selepas Alif Ikmalrizal Anuar menggondol anugerah penjaring gol terbanyak kejohanan semalam.

Penyerang Penang FC itu berkongsi anugerah berkenaan dengan penyerang muda Vietnam, Dinh Xuan Tien. Kedua-duanya menyumbat tiga gol sepanjang Piala AFF B-23 2023.

Tiga gol ini diraih Alif semasa Harimau Muda turun menentang Timor Leste dalam Kumpulan B dan aksi separuh akhir menentang Vietnam.

Ad

Selepas Alif, Fergus Tierney merupakan penjaring kedua terbanyak Malaysia dengan dua gol. Dua gol pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II itu dicipta dalam kemenangan ke atas finalis Piala AFF B-23, Indonesia dalam saingan Kumpulan B.

Ad

Kemunculan Alif dijangka memberi pilihan kepada Elavarasan dalam merencana skuad B-23 yang bakal berangkat ke pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung pada bulan depan.

Ad
Ad

Malaysia akan beraksi dalam Kumpulan H bersama Bangladesh, Thailand dan Filipina dengan pusingan kelayakan kumpulan itu akan diadakan di Thailand.

Ad