AFF U23: Latihan Berkelas Dunia Bantu Fergus Tierney Menyinar Bersama Malaysia
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Kemasukan penyerang sensasi Malaysia, Fergus Tierney jelas memberi impak yang cukup besar untuk membantu skuad muda negara menewaskan Indonesia.

Ketumpulan serangan pada babak pertama menyebabkan ketua jurulatih, E. Elavarasan membuat keputusan untuk memasukkan penyerang JDT ll ini.

Keputusan beliau sememangnya tepat apabila bintang kelahiran Malaysia-Scotland ini meledak dua gol pada perlawanan menentang Indonesia.

Advertisements

Pemain bertubuh sasa ini menjadi masalah besar buat pasukan bimbingan Shin Tae-yong untuk mengekang kemaraannya.

Fergus membuktikan bahawa latihan dan teknologi berkelas dunia di JDT telah membantunya untuk mencapai prestasi sebenar di atas padang.

Sungguhpun kurang beraksi musim ini, beliau tetap memperagakan aksi terbaik untuk terus menekan pertahanan lawan.

Advertisements

Gandingan trio JDT, Najmuddin Akmal dan Umar Hakeem jelas begitu serasi dengan sokongan daripada perancang kelahiran Malaysia-Arab Saudi, Aliff Izwan turut menyerlah.

Dua gol Fergus sudah cukup untuk memastikan bahawa Malaysia meraih 3 mata untuk berada pada kedudukan selesa ke pusingan berikutnya.

Beliau juga melabel kejayaan ini cukup bermakna buat Malaysia untuk memastikan kejohanan ini berlangsung dengan baik.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram