Kelantan Darul Naim berdepan kekangan apabila masih tidak dapat menggunakan gelanggang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi sambungan aksi Liga Super.
Skuad Kijang Emas terpaksa meminta kelulusan Malaysian Super League (MFL) untuk membuat penukaran venue beraksi di Stadium Sultan Ibrahim ketika bertemu JDT.
Hal ini disebabkan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf sehingga pertengahan Oktober.
Namun begitu, hasrat untuk kembali menggunakan venue tersebut dijangka tidak kesampaian apabila pihak kelab memaklumkan bahawa stadium masih dalam proses penambahbaikan.
“Game 18 Oktober. Stadium tak boleh guna lagi. InshaAllah kami akan maklumkan secara rasmi selepas mendapat kelulusan dari pihak MFL,” ujar Kelantan DN dalam satu kenyataan.

Kelantan DN bakal melayan kunjungan KL City bagi aksi ke-12 Liga Super yang dijadualkan pada 18 Oktober 2024.
Skuad kendalian Park Jae-hong kini menghuni tangga ke-12 selepas 11 perlawanan dengan hanya dua kemenangan berjaya dicatatkan pada musim ini.
Pasukan Pantai Timur itu telah melakukan beberapa perubahan besar termasuklah dengan membawa masuk muka baharu pada setiap posisi untuk memantapkan pasukan.