Ads
MFL Penuhi Hajat Kelantan
MFL
Kelantan DN

Malaysian Football League (MFL) telah pun menunaikan hasrat besar yang dikemukakan oleh Kelantan Darul Naim.

Advertisements

Baru-baru ini, Presiden Kelantan DN, Yb Rozi Muhamad memberitahu bahawa pasukan telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue tuan rumah.

Advertisements

Permintaan ini dilakukan bagi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 22 September 2024.

Advertisements
Advertisements

Hal ini susulan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf sehingga pertengahan Oktober depan.

“Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi proses naik taraf. Oleh yang demikian, kami memohon agar venue perlawanan Liga Super dengan JDT diubah ke SSI.

Advertisements

“Bagi pihak KDN FC, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor kerana memberikan kebenaran dan hak kepada kami untuk menjadi tuan rumah di SSI,” katanya.

Permintaan itu telah dijawab oleh MFL yang membenarkan Kelantan DN untuk mengubah venue aksi tersebut.

“Perlawanan LS11 antara Kelantan Darul Naim FC dan Johor Darul Ta’zim pada 22 September 2024 melibatkan venue asal di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ditukar kepada Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

“Pindaan ini dibuat kerana Stadium Sultan Muhammad ke-IV terlibat dengan proses kerja naik taraf padang. Kelantan Darul Naim FC akan menjadi pasukan tuan rumah bagi perlawanan ini,” tambah MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram