Anugerah yang dinantikan ramai peminat bola sepak Malaysia iaitu Liga M Awards 2025-2026 berlangsung pada Rabu.
Liga M Awards 2025-2026 diadakan bagi mengiktiraf usaha keras para pemain, jurulatih, pegawai dan penyokong pasukan Liga Malaysia (Liga M) sepanjang musim 2025/26.
Liga M Awards juga merupakan penjenamaan semula Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) bagi memastikan identiti penganugerahan lebih tepat dengan skop penilaian yang dilaksanakan.
Liga M Awards dilihat secara tepat sebagai anugerah yang mengangkat kecemerlangan individu dan pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Ini berbanding ABK yang secara umumnya merujuk kepada keseluruhan ekosistem bola sepak negara termasuk pasukan kebangsaan, pertandingan peringkat umur serta bola sepak wanita.
Pada musim lalu, sebanyak 17 kategori anugerah telah dipertandingkan dengan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi, dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut.
Bagaimanapun, dua kategori iaitu Pemain Muda Terbaik Piala MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL tidak lagi dipertandingkan berikutan kejohanan Piala MFL tidak dianjurkan bermula musim 2025-2026. Justeru, sebanyak 15 kategori anugerah akan menjadi rebutan pada edisi pertama Liga M Awards.
Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) musim 2025/26.
Senarai Pemenang Liga M Awards 2025-2026
Pemain Paling Bernilai (MVP) – Afiq Fazail (JDT)
Jurulatih Terbaik – Xisco Munoz (JDT)
Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
Pertahanan Terbaik – Quentin Cheng (Selangor FC)
Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)
Penyerang Terbaik – Faisal Halim (Selangor FC)
Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)
Pemain Muda Terbaik – Haziq Kutty Abba (Penang FC)
Gol Terbaik Liga Malaysia 2025/26 – Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City FC)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Safawi Rasid (KL City FC)
Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson da Silva (JDT)
Pasukan Terbaik – JDT
Anugerah Fair Play – Melaka FC
Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)
Fan XI – Haziq Nadzli, James Okwuosa, Eddy Israfilov, Rodney Celvin Akwensivie, Petrus Shitembi, Danial Amier Norhisham, Afiq Fazail, Oscar Arribas, Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva dan Ramadhan Saifullah Usman.