Hasrat penyokong Malaysia dan Indonesia melihat kedua-dua pasukan kebangsaan berentap dalam aksi persahabatan tidak menjadi kenyataan.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman yang memberitahu skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski mempunyai perancangan lain.
“Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, menjelaskan keputusan (tolak aksi bertemu Indonesia) atas permintaan ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski, yang mempunyai perancangan lain.
“Ia berhubung hasrat Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, berhajat mengadakan perlawanan itu pada September depan setelah pertemuan terakhir menyaksikan Sang Garuda menang 4-1,” kongsi Stadium Astro.
Sebelum ini, MakanBola melaporkan bahawa Presiden PSSI, Erick Thohir berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai lawan untuk aksi persahabatan menentang Indonesia.
Namun kini segalanya sudah terjawab apabila Malaysia mempunyai perancangan lain dan menolak ajakan Indonesia untuk sebuah aksi persahabatan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia dan Indonesia bertemu ialah pada Piala AFF 2021 yang mana menyaksikan Indonesia menang besar 4-1.