Aksi ketiga di Piala Asia 2023 menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air tatkala pertemuan menentang jaguh Asia, Korea Selatan bakal disiarkan secara percuma.
Malaysia berjaya layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia, dan bakal menentang Jordan dalam aksi pertama kumpulan E, pada 15 Januari ini.
Menerusi lama sosial X, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, perlawanan tersebut akan ditayangkan pada skrin besar di setiap tempat, ibu negeri sendiri masing-masing.
Dalam pengumuman oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar akan ditayangkan secara percuma di platform RTM bermula 12 Januari ini.
Skuad kendalian Kim Pan-gon kini berada di Qatar bagi melakukan persiapan penuh pasukan termasuk berdepan Syria dalam perlawanan persahabatan sebagai aksi pemanas badan pada 8 Januari.
Harimau Malaya yang berada di dalam Kumpulan E bakal memulakan perlawanan menentang Jordan pada awal pagi 16 Januari di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar.