Ads
Aksi Persib Bandung vs Persija Jakarta Dicemari Rusuhan Penyokong
Asia Tenggara
Info Jawa Barat

Rusuhan penyokong mencemari kemeriahan aksi Liga 1 Indonesia membabitkan Persib Bandung dan Persija Jakarta pada 23 September lalu.

Advertisements

Aksi ini menyaksikan Pangeran Biru yang dibimbing bekas jurulatih KL City FC, Bojan Hodak meraih kemenangan 2-0 ke atas pelawat di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Advertisements

Gol Dimas Drajad dan Ryan Kurnia memastikan tiga mata menjadi milik Persib. Aksi ini juga turut panas apabila kedua-dua pasukan dipaksa bermain dengan 10 pemain.

Advertisements
Advertisements

Bek kiri Persija, Firza Andika diperintah keluar padang oleh pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-28.

Bekas pemain Ross County, Marc Klok kemudiannya mengikut jejak Firza apabila menerima kad merah pada minit ke-62.

Advertisements

Sebaik Nazmi meniup wisel penamat untuk aksi berkenaan, sekumpulan penyokong Persib bertindak menyerang steward yang bertugas termasuk membaling kerusi.

Ini disusuli pula dengan tindakan penyokong yang bertindak menceroboh padang. Kekecohan yang tercetus memaksa pihak steward memohon bantuan pihak berkuasa untuk menenangkan keadaan.

Ini menyebabkan polis Indonesia masuk ke padang untuk mengawal situasi keselamatan di Stadium Si Jalak Harupat. Kemasukan pihak berkuasa memastikan rusuhan hanya berlangsung sekitar lima hingga 10 minit.

Sebaik video insiden berkenaan dimuat naik di media sosial, ramai penyokong yang terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan berkenaan.

Bagi seorang pengguna Facebook bernama Syahril Ramadhan, sekiranya insiden ini dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan ulangan tragedi Kanjuruhan yang berlaku pada 2022.

“Kiranya bakal ada kejadian Kanjuruhan jilid dua,” katanya di ruang Facebook Persib. Pandangan Syahril turut dipersetujui seorang pengguna lain bernama Syam Albani.

Jika penyokong boleh bertindak semberono meskipun Pangeran Biru meraih kemenangan, dia tidak boleh membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya pasukan itu kalah.

“Menang saja (sudah) rusuh, bagaimana kalau kalah, tak terbayang stadium hancur lebur,” katanya di ruang komen sama.

Susulan itu, pengurusan Persib mengecam sekeras-kerasnya insiden berkenaan. Pengurusan pasukan itu turut memohon maaf kepada semua pihak kerana kekecohan tersebut merosakkan kemeriahan aksi liga antara Persib dan Persija.

“Seluruh pemain, jurulatih, pegawai dan pengurusan Persib sangat sedih, kecewa dan merasa terpukul atas insiden penyerangan secara kejam yang dilakukan oleh kelompok penonton yang tidak bertanggungjawab kepada beberapa steward yang tengah bertugas selepas pertandingan melawan Persija Jakarta di Stadium Si Jalak Harupat (SJH), Kabupaten Bandung, Isnin, 23 September 2024.

“Persib tidak dapat bertolak ansur dan mengecam keras kelompok penonton yang melakukan pemukulan dan bertindak sewenang-wenangnya terhadap steward-steward yang sedang bertugas.

“Kerana itu, Persib mendukung institusi kepolisian untuk segera menyiasat punca kejadian malam ini (semalam) dan mengenakan tindakan tegas (kepada) para pelaku sesuai dengan undang-undang yang berlaku,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kemenangan Persib menyaksikan pasukan itu terus menghambat Persebaya Surabaya dan Borneo FC dengan 12 mata. Manakala Persija pula di tangga kelapan dengan lapan mata.

Advertisements

Selepas ini, Pangeran Biru bakal mengalihkan fokus kepada Madura United untuk aksi liga seterusnya pada 28 September ini. Sementara Persija bakal menentang PSM Makassar pada 29 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram