Aksi Pertama Dion Cools Bersama FC Midtjylland
MakanBola
Sponsors

Pemain pertahanan kanan baru FC Midtjylland kelahiran Sarawak akhirnya diberikan debut bersama kelab liga utama Denmark, FC Midtjylland.

Dalam perlawanan ini Dion dimasukkan pada minit ke-66 menggantikan Da Silva ketika pasukannya mendahului pelawat 1-0.

Ad

FC Midtjylland bermula baik apabila berjaya menjaringkan jaringan pada minit ke-30 melalui jaringan cantik Anders Drayer.

Ad

Pada separuh masa kedua Awer Mabil menambah derita pasukan Lyngby apabila berjaya menolak masuk bola daripada 1 sepakan sudut pada minit ke-71.

Debut Dion Cools di Denmark sangat penting memandangkan beliau sudah lama tidak bermain dalam perlawanan kompetitif sejak meninggalkan FC Brugge pada awal tahun ini.

Ad

Baca: Dion Cools Dipanggil Wakili Malaysia Untuk AFF 2020

Ad

FC Midtjylland kini mendahului carta liga selepas 21 perlawanan dan ini memberi peluang cerah buat pemain kacukan Malaysia ini untuk memperoleh pendedahan di Liga Juara-Juara UEFA pada musim 2020/2021.

Ad