Dunia
Advertisements

Pemain kacukan Belgium/Malaysia, Dion Johan Cools bakal dipanggil sertai Harimau Malaya untuk kempen AFF 2020.

Menurut salah satu sumber MakanBola, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan khimat pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini.

“Usaha untuk membawa Dion ke Malaysia telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu. Dion memberikan maklum balas positif tetapi ia bukan tugas mudah kerana dia ingin beraksi di eropah dan beliau masih berumur 23 tahun,” jelas sumber berkenaan.

Advertisements

“Dion boleh bermain bersama pasukan di Malaysia dan ini memudahkan proses untuk beliau beraksi bersama Harimau Malaya namun Dion juga diterima baik pasukan di Eropah.”

“Hal ini saja kita tahu kualiti yang beliau ada dan pihak kami sentiasa berusaha keras untuk meyakinkan Dion.”

Dion Cools

Dion Cools sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya dan keinginan beliau ini dipercayai disebabkan oleh aksi mantap skuad negara sebelum ini dan sokongan luar biasa penyokong di Bukit Jalil selepas beberapa perlawanan Kelayakan Piala Dunia.

Advertisements

Usaha untuk membawa Dion ke Malaysia telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan tugas ini bukan mudah kerana Dion Cools merupakan antara pemain muda terbaik di Belgium dan pernah beraksi sebanyak 28 kali bersama skuad bawah 18 – 21 tahun Belgium.

Pernah dikaitkan untuk menyertai skuad kebangsaan Belgium, Dion Cools tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Skuad Kebangsaan Belgium kerana hasratnya adalah untuk beraksi di pentas Piala Dunia namun saingan kuat di Belgium untuk posisi pertahanan kanan memberikan Dion pilihan untuk bermain bersama pemain Malaysia.

Dion sebelum ini pernah beraksi di pentas tertinggi Eropah, Liga Juara-Juara UEFA dan beraksi sebanyak 87 kali bersama Club Brugge yang bermain di liga tertinggi Belgium.

Advertisements

Pemain berusia 23 tahun ini merupakan prospek pemain muda di FC Midtjylland yang kini mendahului carta Liga Denmark sekaligus mencerahkan peluangnya untuk beraksi sekali lagi di pentas Liga Juara-Juara UEFA dan Liga UEFA Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram