Dunia
Dion Cools ketika beraksi bersama Club Brugge KV.
Advertisements

Pemain kelahiran Kuching, Sarawak yang menetap di Belgium, Dion Cools (23) dikhabarkan bakal menyertai skuad senior negara tahun hadapan. Cools sebelum ini pernah dikaitkan untuk beraksi bersama Harimau Malaya namun menurut salah seorang rakannya, Persatuan Bola Sepak Malaysia tidak pernah memanggilnya.

Dion Cools ketika beraksi bersama skuad belia Belgium di Euro U21.

Namun baru-baru ini menerusi Instagram Story milik Dions di @djcools21, beliau memuat naik status beserta gambarnya memakai baju Harimau Malaya.

dion cools play for malaysia Dion Cools Bakal Sertai Harimau Malaya Untuk Tahun 2020?

“Berapa kuat anda inginkan ini?”, jelas Dion yang memberi maksud, berapa kuat hati anda untuk inginkan saya bermain bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Muat naik status seperti ini di laman instagram bukanlah sesuatu yang ganjil dan Liridon juga sebelum ini pernah melakukan hal yang sama dan beliau disahkan akan menyertai Harimau Malaya pada tahun 2020.

Dari segi undang-undang negara, Dion Cools tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mewakili negara kerana beliau lahir di Malaysia.

Kemasukan Dion Cools ke skuad senior negara merupakan sesuatu yang amat positif sekiranya ia menjadi kenyataan memandangkan Dion merupakan pemain utama skuad belia Belgium.

Advertisements

Tambahan pula Dion beraksi sebagai pertahanan kanan dan posisi ini sememangnnya memerlukan pemain pertahanan menyerang seperti beliau.

Video Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (Dion Cools)

https://www.youtube.com/watch?v=V15z-BpPQz8
Dion Cools masuk sebagai pemain simpanan ketika perlawanan menentang Real Madrid pada 1 Oktober 2019.

Foto Featured / GettyImages

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram