Thailand berdepan persiapan begitu hebat selepas mengesahkan akan bertemu dengan pasukan ke-17 dunia tidak lama kagi.
Tampuk kejurulatihan Gajah Perang bertukar sekelip mata selepas Mano Polking tidak lagi bersama pasukan untuk berjuang di pentas Piala Asia 2023.
Kemasukan pengendali baharu, Masatada Ishii jelas membuktikan keseriusan pasukan untuk membawa perubahan dengan beberapa pemain muda juga diberi kepercayaan untuk menggalas tugas Thailand.
Pasukan ke-112 dunia ini bagaimanapun menerima tamparan hebat selepas terpaksa menyisihkan beberapa bintang ternama sebelum kejohanan bermula.
Kecederaan yang melanda penyerang berpengalaman Thailand, Teerasil Dangda selain beberapa nama seperti Chanatip Songkrasin, Supachai Jaided, Suphanat Muentha juga tidak dibawa oleh pasukan.
Pengendali baharu ini memilih untuk menguji pasukannya berdepan Jepun yang juga merupakan pasukan gergasi di Asia.
Berdasarkan rekod 5 perlawanan terakhir, Thailand hanya merekodkan dua keputusan seri dan satu kekalahan.
Pasukan Asia Tenggara itu juga dibelasah teruk oleh Georgia dengan keputusan 8-0 sebelum kali terakhir tewas 1-2 di tangan China.
Thailand diundi bersama Kyrgyzstan, Oman dan Arab Saudi bagi aksi di Piala Asia yang bakal bermula tidak lama lagi.
Aksi Thailand dan Jepun dijadualkan berlangsung pada 1 Januari 2024 jam 1 petang.