Advertising
Al-Hilal & Neymar Berpisah
Transfer
MakanBola
Al-Hilal FC

Penyerang Brazil terkenal, Neymar sah tidak lagi bersama kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal.

Ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak secara persetujuan bersama. Pengumuman ini dibuat Al-Hilal menerusi satu kenyataan ringkas.

Ad

“Al Hilal dan Neymar Jr. telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak pemain secara persetujuan bersama. Terima kasih dan selamat berjaya, Neymar,” kata kelab.

Ad

Sepanjang bersama Al-Hilal, Neymar menerima gaji tahunan sebanyak AS$107 juta (RM468 juta). Beliau hanya merekodkan tujuh penampilan, satu gol dan tiga bantuan gol.

Pengumuman ini dijangka membuka laluan kepada Neymar menyertai kelab lamanya, Santos sebagai ejen bebas. Ini kerana kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan lisan untuk perpindahan berkenaan.

Ad

Seandainya semua proses perpindahan berjalan lancar, Neymar bakal memeterai kontrak selama enam bulan sehingga akhir musim.

Ad

Perpindahan ini dijangka menamatkan ura-ura destinasi pilihan bekas penyerang Barcelona itu selepas meninggalkan Al-Hilal.

Ad

Sebelum ini, Neymar dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami. Kelab tersebut memiliki ramai bekas bintang Barcelona termasuk rakan lamanya, Lionel Messi.

Selain Inter Miami, satu lagi kelab MLS, Chicago Fire dilaporkan turut berminat membawa Neymar beraksi dalam saingan bola sepak Amerika Syarikat itu.

Sebelumnya, bekas penyerang Paris Saint-Germain itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab Brazil yang lain, Fortaleza.

Al-Hilal bertindak pantas mendapatkan pengganti Neymar dengan mengumumkan perpindahan bekas bintang Vitoria Guimaraes, Kaio Cesar baru-baru ini.