Advertisements
Neymar Seronok Jika Sertai Bekas Kelab Bergson
Asia
MakanBola
Al-Hilal / Fortaleza EC

Bintang Al-Hilal, Neymar mengakui akan menjadi keseronokan untuk kembali ke Brazil dan menyertai kelab yang pernah disertai penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson iaitu kelab Fortaleza.

Sebelum ini, MakanBola melaporkan Neymar terpaksa pulang ke Brazil untuk tujuan perubatan selepas mengalami kecederaan peha yang memaksa pemain berusia 32 tahun itu berehat sehingga tamat tahun 2024 ini.

Neymar telah tiba di Brazil dan telah dilayan oleh anggota keselamatan lapangan terbang yang merupakan penyokong Fortaleza.

Ketika ditanya adakah Neymar terbuka untuk menyertai Fortaleza? Neymar berkata sudah pasti ianya akan menjadi seronok.

“Ia akan menjadi satu keseronokan (sertai Fortaleza),” jawab Neymar ringkas di dalam video yang dimuatnaik di laman X rasmi Fortaleza.

Aksi Neymar mungkin tidak akan dapat dilihat sehingga tahun 2025 dan khidmat Neymar mungkin tidak akan disambung Al-Hilal selepas melihat kekerapan kecederaan yang dialami pemain berusia 32 tahun itu.

Al-Hilal sedang mencari pengganti yang sesuai untuk mengisi tempat Neymar dan salah satu calon yang hangat diperkatakan adalah pemain Liverpool, Mohamed Salah.