Advertisements
Neymar Kembali Ke Brazil
Asia
MakanBola
Al-Hilal Saudi

Pemain sayap Al-Hilal, Neymar telah kembali ke Brazil selepas dirinya sekali lagi mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat untuk beberapa minggu.

Kecederaan yang dialami itu memaksa Neymar pulang ke Brazil bagi menjalani proses pemulihan bersama pakar perubatan di sana.

Menerusi laman Goal, aksi Neymar mungkin tidak akan dapat dilihat sehingga tahun 2025 dan khidmat Neymar mungkin tidak akan disambung Al-Hilal selepas melihat kekerapan kecederaan yang dialami pemain berusia 32 tahun itu.

“Penyerang berusia 32 tahun itu kembali ke tanah airnya (Brazil) selepas mengalami satu lagi maslaah kecederaan. Neymar sedang mengalami kecederaab paha yang akan menghalangnya daripada beraksi selama beberapa minggu.

“Beliau baru-baru ini kembali beraksi selepas 12 bulan diketepikan dengan kecederaan ligamen lutut. Neymar dijangka tidak akan kembali beraksi sehingga 2025, dengan kontraknya di Al-Hilal akan tamat pada musim panas depan,” umum laman Goal.

Pada Ogos 2023, Neymar mengejutkan dunia bola sepak apabila menyertai Al-Hilal dari Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan sekitar 90 juta pound.

Namun segalanya seakan tidak menjadi buat Neymar di Arab Saudi apabila kecederaan panjang yang dialami memaksa beliau hanya merekodkan 7 penampilan sahaja buat Al-Hilal sejak kehadirannya tahun lalu.