Al-Hilal Berisiko Hilang Neymar Di ACL
Asia
BR Football
Advertisements

Al-Hilal berdepan risiko kehilangan Neymar untuk tempoh masa lama selepas penyerang Brazil itu dilaporkan cedera hari ini.

Wartawan sukan, Fabrizio Romano melaporkan bekas penyerang PSG itu terpaksa diusung keluar oleh pasukan perubatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Brazil menentang Uruguay.

Ketiadaan beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan 2-0 Brazil di tangan Uruguay hari ini.

Advertisements

Biarpun kecederaan sebenar yang dialami Neymar tidak diketahui, reaksi kesakitan yang dialami beliau memperlihatkan kecederaan tersebut cukup serius.

Ini bukan kali pertama penyerang Al-Hilal itu mengalami kecederaan serius dalam karier bola sepaknya.

Sebelum ini, Neymar juga pernah berehat panjang pada musim lepas semasa bersama PSG kerana menjalani pembedahan pada buku lalinya.

Advertisements

Perkembangan ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan jurulatih The Blue Waves, Jorge Jesus untuk dua aksi terdekat mereka.

Mereka bakal turun menentang Al-Khaleej untuk aksi terbaru Saudi Pro League pada 21 Oktober ini. Ini disusuli perlawanan ACL menentang Mumbai City di Pune pada 24 Oktober.

Berita ini bakal menghampakan ramai peminat bola sepak di India kerana tidak berpeluang bersua muka dengan bintang Brazil itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram