Al-Hilal Sambar Khidmat Bekas Pemain Atletico Madrid
Transfer
Atletico de Madrid
Advertisements

Pendahulu Liga Arab Saudi, Al-Hilal sah mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan Atletico Madrid, Renan Lodi.

Perkara tersebut disahkan oleh Fabrizio Romano, wartawan sukan terkenal menerusi satu hantaran dilaman rasmi X miliknya.

Dikhabarkan harga perpindahan Renan Lodi bakal mencecah €20 juta bersamaan dengan RM101 juta.

Advertisements

Renan Lodi yang berusia 25 tahun bakal menjadi pemain keempat Brazil yang beraksi bersama Al-Hilal selain daripada Neymar, Malcolm dan Michael.

Pertahanan kiri ini pernah bermain dibawah kendalian Diego Simeone sejak tahun 2019 dan sempat dipinjam keluar menyertai Nottingham Forest sebelum berpindah secara tetap ke Marseille.

Renan Lodi turut sempat menjulang kejuaraan La Liga pada musim 2020/2021 bersama Atletico Madrid dan beliau menjadi pemain penting Atletico dibahagian pertahanan apabila merekodkan 33 penampilan dalam semua pertandingan musim itu.

Advertisements

Pemain pertahanan ini kemudian berpindah ke Marseille dengan yuran perpindahan sebanyak RM66 juta dan pantas menghiasi kesebelasan utama pasukan.

Namun baru 6 bulan bersama Marseille, Renan Lodi membuat keputusan untuk menyertai Al Hilal dan bakal bermain bersama-sama Neymar, Aleksandar Mitrovic, Yassine Bounou, Milinkovic-Savic, Ruben Neves dan Kalidou Koulibaly.

Renan Lodi juga merupakan pemain kebangsaan Brazil dan telah melakukan 19 penampilan dimana beliau mencatat 5 bantuan jaringan buat Brazil.

Advertisements

Perpindahan Renan Lodi ke Al Hilal adalah berstatus pinjaman dengan klausa pembelian wajib pada akhir musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram