Al-Ittihad Pecat Nuno Espirito Santo
Asia
Ittihad
Advertisements

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad membuat kejutan dengan memecat jurulatih mereka, Nuno Espirito Santo beberapa jam lepas.

Keputusan mengejut itu dibuat pengurusan The Tigers menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka.

Susulan itu, penolong jurulatih Hassan Khalifa akan bertanggungjawab membimbing pasukan sehinggalah pengganti tetap Nuno dikenalpasti.

Advertisements

“Kelab telah mengumumkan penamatan kontrak dengan jurulatih Nuno Santo. Keputusan ini dibuat selepas penilaian teknikal fasa lepas yang menyeluruh di mana ia meliputi tempoh beliau melatih pasukan utama.

“Penolong jurulatih Hassan Khalifa akan mengambil alih tanggungjawab kejurulatihan secara interim sehingga proses perlantikan jurulatih baru dimuktamadkan dan barisan kejurulatihan disusun semula agar selari dengan matlamat kelab dan jangkaan penyokong.

Advertisements

“Kelab mengucapkan terima kasih kepada Nuno Espirito Santo kerana sumbangannya sepanjang bersama dengan kelab dan kelab mengucapkan selamat berjaya untuk usaha beliau yang seterusnya,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Selain Al-Ittihad, Nuno pernah mengendalikan Tottenham Hotspur, Wolves, Valencia dan Porto.

Advertisements

Nuno menggalas peranan sebagai pengendali Al-Ittihad sejak Julai 2022. Pada musim lepas, beliau membimbing The Tigers menjuarai Saudi Pro League dan Saudi Super Cup.

Selepas kelab itu menerima suntikan pelaburan daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, beberapa bintang dibawa menyertai Al-Ittihad.

Advertisements

Antara pemain yang memilih kelab berkenaan ialah legenda Real Madrid, Karim Benzema dan bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante.

Biarpun mencatat prestasi baik di peringkat awal, Al-Ittihad kini menduduki tempat kelima Saudi Pro League dengan 21 mata.

Selain prestasi kurang memberangsangkan dalam liga, kekalahan mengejut 2-0 di tangan kelab Iraq, Air Force Club dalam ACL sudah cukup untuk mendorong Al-Ittihad untuk bertindak.

Pengurusan The Tigers dijangka merujuk kepada semua pemegang taruh termasuk barisan pemain sebelum menentukan pengendali mereka yang seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram