ACL: Karim Benzema & Kante ‘Lesap’, Al-Ittihad Dimalukan Kelab Iraq
ACL
Ittihad Club
Advertisements

Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menerima tamparan hebat dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila tewas mengejut kepada kelab Iraq, Al-Quwa dengan keputusan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang lawan itu menyaksikan pasukan bimbingan Nuno Esperito Santo menurunkan kesebelasan terbaik dengan pemenang Balloon d’Or, Karim Benzema mengetuai jentera serangan pasukan.

Aksi bermula baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mencari gol awal.

Advertisements

Hasrat pasukan pelawat mencari gol pembukaan bertukar tragedi apabila bintang muda berbakat Asia, Ali Jasim mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol pada minit ke-44.

Aksi babak pertama tamat dengan kelebihan milik Al-Quwa, 1-0.

Bersambung babak kedua, giliran Al-Itttihad menguasi sebahagian besar perlawanan untuk menyamakan kedudukan.

Advertisements

Al-Quwa melakukan satu serangan balas pantas dan berjaya meledak menerusi jaringan Abdul Raheem pada minit ke-52 untuk memberikan kelebihan dua gol kepada tuan rumah.

Peluang terbaik hadir buat Ittihad menerusi percubaan luar kotak penalti namun umpanan Jota berjaya dibaca rapi oleh penjaga gol Al-Quwa, Mohd Farhan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Al-Ittihad kekal memimpin carta Kumpulan C dengan 9 mata sementara diikuti rapat oleh Al-Quwa dengan 7 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram